Selasa, 26 November 2013

sambungan 2



Wahai diaries,malam ini aku sangat gembira kerana dapat jumpa Aiman,walaupun aku dapat jumpa dia tapi aku rasa sangat takut nak bertegur dengan dia.Tak tau kenapa tapi aku rasa sangat sangat gemuruh bila dekat dengan dia.Walaupun aku suka dia tapi perasaan ini buat aku rasa bersalah sebab adik saudara aku suka dengan dia.Nak buat macam mana ni.Aku dalam dilemma.Tapi bagi aku biarlah aku simpan dulu perasaan ini.Aku dapat rasa yang Aiman suka dengan aku.Aku sungguh dilemma! Dah lah tahun ni SPM.Dah lama aku suka dengan Aiman tu dan aku nak luahkan pada dia.Tapi diari,disebabkan perasaan gemuruh aku ini,aku  telah membuat diri aku menjadi  Playgirl tanpa disangka-sangka !. Aku ingat setelah menjadi playgirl aku akan mempunyai kekuatan untuk membuat aku berterus terang kepada Aiman tentang isi hati aku ini. Tapi aku silap ! silap sesilapnya! Aku hanya buat diri aku Nampak keji di depan Aiman... hmm 



Aqilah yang terbaca diari itu jatuh terduduk kerana terkejut dengan apa yang dibacanya.

“Apa! Rupa-rupanya Akak pon ada perasaan pada Abang Aiman .” 

Sebenarnya Aqilah sudah lama mengetahui yang selama ini Abang Aiman memang menyukai Akak Zaida tapi dia tidak pernah menyangka yang Akak saudaranya juga menyukai Abang Aiman.

“Aku tak boleh biarkan perkara ini terjadi. Aku kena buat sesuatu! Tapi... hmm” Aqilah memegang dadanya yang sangat sakit kerana terpaksa menerima kenyataan yang perit ini. Walaupun pada mulanya dia suka main-main saja tapi lama-lama hatinya telah jatuh cinta pada sikap dan kebaikan Abang Aiman.Dia berfikir mungkin inilah yang terbaik kerana Akak saudaranya menyukai Abang Aiman dengan sepenuh hati dan itu mungkin dapat merubah akaknya supaya tidak menjadi playgirl lagi.

“Hmm... Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka.!”

Aqilah tidak dapat tidur malam kerana memikirkan rancangan untuk menyatukan Abang Aiman dan Akak Zaida.

“Haa! Dah bangun pon anak dara ni. Kenapa bangun lambat ni, Sebelum ni tak pernah pon?” soal Akak Zaida.

“Aqilah tidur pukul empat pagi semalam.”

“kenapa tidur lambat sangat?” Tanya Akak Zaida dengan tegasnya.Dia memang pantang kalau orang yang dia sayang tidur lambat. Lagi-lagi kalau orang itu perempuan.Kena jaga ayu muka katanya.

“Hmm” Itu sahaja balas Aqilah untuk soalan Akak Zaida.Walaupun Akak Zaida sedikit terasa dengan perangai pelik Aqilah itu tapi dia abaikan sahaja kerana dia sudah lali dengan perangai adik saudaranya itu kerana apabila dia ada masalah dia akan bersikap begitu.

Sambil Aqilah menjamah kuih yang disimpan oleh makciknya itu dia sempat berfikir bagaimana ingin menyatukan Akak zaida dan Abang Aiman. Walaupun kenyataan itu pahit untuk diterima tapi dia terima dengan redha kerana mereka berdua memang sangat secocok bersama.

"Haaaaa... " Aqilah mengeluh lagi.


Khamis, 21 November 2013

sambungann novel



           “Haaaaaaaa....”Aqilah mengeluh sambil melihat adik saudaranya bermain mercun dan bunga api.Bukannya dia tidak mahu mengikut bermain bersama adik-adik saudaranya tapi kepalanya sangat kusut dengan apa yang dia cakap pada dirinya sendiri pada petang tadi.

“Abang Aiman tuh sepupu aku.Macam orang-orang dulu pulak,suka kat sepupu sendiri pastu kahwin dengan sepupu sendiri.Haaa! Kahwin?! Aku taknak kahwin!Aku nak teruskan cita-cita aku untuk menjadi Doktor Psikologi...Hmm kusutnya aku!” Bicaranya seorang diri sambil menggaru rambutnya yang tidak gatal itu yang diikat ‘pony Tail’ sehingga kusut.


“hoi!”


“hish akak nih! Kejutkan orang kenapa...Orang tengah berangan nih.”


“yelah tuh berangan,orang berangan dia akan tersenyum-senyum,bukannya sampai rambut jadi kusut macam nih”sambil menarik rambut Aqilah yang kusut itu.


“Aduh akak...”


“cuba cerita dengan akak apa yang Aqilah fikir nih?”


‘Hai akak,kalaulah akak boleh baca hati saya nih.Tak perlulah saya nak terangkan panjang melebar.’bicara Aqilah dengan hatinya.


Akak Ain zaida ini memang rapat dengan Aqilah.Aqilah sendiri sudah menganggap Kak Ain zaida ini seperti kakaknya sendiri.Almaklumlah,Aqilah ini anak sulong.Dia dan adiknya Nur intan Amira sahaja dua beradik.Pasti lah Aqilah sunyi.Segala masalah Aqilah ini akan diceritakan pada kak Ain Zaida.Jadi pastinya Kak Ain Zaida Atau dipanggil Kak Zai oleh Aqilah ini mengetahui tentang rahsia terbesar Aqilah.


“Akak...Akak cuba baca hati saya ini”katanya sambil mengambil tangan Kak Zai dan meletakkan di jantungnya.


“Hmm...Akak dapat baca yang Aqilah suka dekat Abang Aiman”kata kak Zai dan dengan sengaja dia menguatkan  nama Aiman itu.


“haa..Pandai pon akak teka apa yang ada kat kepala otak nih..Haaha.Tapi kan akak,Qilah rasa menyukai manusia tuh adalah sesuatu yang mustahil.Cubalah tengok Abang Aiman tuh...Baik,suci,beriman,yang baik semua dialah.”berkata aqilah dengan perasaan yang hampa.


“Aqilah tak baik merendah diri macam ni tahu. Kalau nak merendah diri itu boleh tapi kena pada caranya. Aqilah ni pon cantik apa.” Kata Kak Zai sambil menunjukkan cermin pada Aqilah.


“Aqilah... setiap manusia diciptakan sempurna. Semua ciptaan Allah cantik. Kalau Aqilah mengutuk diri Aqilah ini buruk, tidak cantik, maksudnya Aqilah telah mengutuk ciptaan Allah. Allah marah tahu. Setiap manusia Allah ciptakan dengan kelebihan sendiri, macam Aqilah diciptakan pandai tentang psycologi dan pandai baca isi hati orang, tapi yang lebih penting adalah kita mesti Nampak cantik di mata ALLAH seperti buat segala suruhannya.” Sambong Kak Zai.

Aqilah hanya menganggok segala kata-kata Kak Zai.



Di pagi yang indah Aqilah bangun untuk menunaikan solat subuh.Setelah selesai menunaikan solat dia berdoa meminta pada yang maha esa. “Ya Allah,jika Aiman itu jodoh hambamu ini Ya Allah berikanlah hambamu ini petunjuk dan biarlah perasaan hamba ini yang akan membawa hamba lebih dekat dengan Mu Ya ALLAH,jika dia bukan jodoh hambamu ini Ya ALLAh hamba hanya redha dan tawakal dan akan meletakkan semuanya pada mu Ya Allah yang maha mengetahui.Ya Allah dan jika dia bukan jodoh hamba mu ini Ya Allah kau berikanlah hamba kekuatan untuk melupakannya dan tidak membuatkan hamba mu ini terpesong dari agama yang suci ini Ya Allah”.


Selesai Aqilah berdoa lantas mengelap air matanya,dia pergi ke dalam bilik untuk meletakkan telekungnya dan tiba-tiba dia terjatuhkan sebuah buku dan terkena pada kakinya. “Aduh, sakitnyalah kaki aku ni.Buku siapa pulak ni?.”sambil menyelak helaian kertas dari buku itu.

Selasa, 27 Ogos 2013

NOvel cinta...Weh Jalan Dah Terhalang!

Assalamualaikum, hari ini saya mudirah binti ismail ingin menulis novel.Jadi ini baru novel pertama saya dan ianya tiada kena mengena antara hidup atau pun yang dah meninggal dunai dan lebih penting ianya tiada kena mengena dengan sesiapa.Walaupun pada mulanya cerita ini tentang aqilah tetapi pada akhir cerita saya akan muncul in sya ALLAH .. Selamat MEmbaca

Cinta...Weyh Jalan Dah Terhalang!
Hari-hari yang biasa berlaku pada gadis bernama Nur Aqila Amira.Gadis yang periang,peramah dan sentiasa disenangi oleh rakan-rakannya.Jika rakannya ada masalah pasti mereka akan bertanya pada Aqilah.Tetapi aqilah ini bukanlah jenis suka ada kawan yang bergeng atau kawan rapat.Dia suka kawan dengan semua orang.Sesuatu berlaku pada dia semasa dia mempunyai kawan rapat.Kawan rapat dia khianati dia dan tikam belakang dia.Banyak lagi yang kawan rapatnya itu buat pada dia.Bukannya sekali kawannya buat pada dia begitu,tapi sudah ramai kawan rapatnya yang mengkhianatinya.Setelah Aqilah sedar,dia mula trauma untuk mempunyai kawan rapat dan berkawan dengan semua orang.Dia juga semakin matang dan selalu mengeluarkan kata-kata yang puitis yang dia sendiri tidak sedar.Dia juga boleh membaca hati orang melalui gaya percakapan dan perlakuan.mungkin ini sahaja cerita pengenalan tentang Aqilah.Ceritanya bermula di rumah neneknya dan waktu itu waktu yang menggembirakan bagi semua orang iaitu hari raya.Tapi bagi Aqilah ianya sangat menggembirakan kerana dapat berjumpa dengan orang yang dicintainya iaitu sepupunya sendiri.Sedang Aqilah ralit membaca novel sambil mengintai sepupunyayang sedang menolong neneknya melayan tetamu,tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara makciknya yang meminta dia untuk membasuh pinggan di dapur.

 “alahai makcik nih,orang tengah syok intai cinta sejati orang,boleh pulak dia dok nyuruh aku itu ini! Aku sepuk kang baru tahu!”ngomelnya.”eh, aku mana boleh sepuk orang tua,dia tuh makcik aku...ish ish ish”bisik hatinya yang baik.

”Aduhhhhh!”jerit Aiman.

”Oh tidak! Itu cinta sejati aku!Kenapa ngan dia?” bisik hatinya.Aqilah yang terkejut itu segera memberhentikan basuhannya dan mengintai apa yang terjadi.Iyerlah sekadar mengintai ajer,sebab dia tak mahu rahsianya terbongkar iaitu rahsia menyukai sepupu sendiri.Kalau adiknya tahu,pasti adiknya akan hebohkan pada semua orang.Lagipun apakah maksud akal menyukai sepupu sendiri pada zaman kini?.Macam takder lelaki lain ajer.Tapi mungkin bagi Aqilah,dia ada sebab tersendiri.

”Makngah Cin..cin... oooppss”akibat tersilap kata itu dia segera mengetup mulutnya dan menyambung ayatnya di dalam hati”cinta hati aku kenapa?.....

”haa! apa Aqilah nak?”soal makngahnya.

”erm..ermm..Aiman tu kenapa makcik?

” Abang Aiman kau tuh terjatuhkan cawan kaca lepas tuh terpijak kaca tuh..”jawab makngahnya.

”ohhh..macam mana dia sekarang”soal Aqilah.

“haik,kamu pergilah tengok sendiri.”

 ‘hish makcik nih itupun susah keh nak bagitahu aku! Hisssshhh..’ngomelnya sambil mengetap tangannya.”Nasib baik kau makcik aku!” ngomelnya bersambung menyambung sambil membasuh pinggan yang ditinggalkan sebentar tadi.

Aqilah yang keletihan akibat mencuci pinggan yang banyak itu berehat dan duduk di atas sofa di rumah neneknya.Kemudian setelah menghilangkan lelahnya,Aqilah baru tersedar yang cinta hatinya berada di sebelahnya.

“Alamak2 macam mana nih! My lovely sayongg ada disebelah aku! Oh Allah,mungkinkah ini jodohku.Oh jodoh-jodoh! ”Aqilah berkata-kata di dalam hatinya.
Dengan lagak tenang yang dicipta oleh Aqilah,dia mula memulakan langkah untuk bertanya keadaan sepupunya itu.

“ermm. Macam mana ko boleh terjatuhkan kaca tu?” soal Aqilah dengan rasa yang berdebar-debar.
Aqilah memang memanggil semua saudaranya dengan panggilan ‘kau’'aku’ kerana dia sungguh segan untuk memanggil abang saudaranya yang lebih tua dengan panggilan ‘Abang’.Walaupun Aiman yang 4 tahun lebih tua darinya, dia tetap malu.

“tak tahu macam mana,tapi dah memang takdir ALLAH” jawab Aiman sambil melemparkan senyuman pada Aqilah.

‘ohh.. tidakkk dia senyum dekat aku! Oh hati lempanglah aku!Adakah ini benar...Kata-katanya yang bernas itu membuat aku semakin cinta padanya!Oh hati adakah ini takdir!’Aqilah berkata-kata dengan hatinya sekali lagi sambil memuji cinta sejatinya itu.

“haa.. ermm ...ermm...ermm”menganguk-angguk aqilah lagaknya seperti doktor yang ingin memeriksa pesakitnya.

“Aiman nih dah teruk nih, perlu pergi ke hospital.Iaitu berada di dalam bilik.PERGI rehatlah Aiman!.Duduk terconggok depan Tv nih buat apa?!”Marahnya .Lagaknya seperti seorang doktor yang sedang memarahi pesakitnya.

Aiman yang daif dan baik hati itu terus masuk ke dalam bilik dan berehat.

‘Ini yang buat aku semakin sayang dengan dia.Dengar jer cakap aku.Kesiann dia.’ngomelnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Kalau difikirkan semula,siapa yang dapat melawan cakap Aqilah ini.Dia ini kalau bab-bab sakit memang dia akan memarahi orang untuk pergi berehat.Hendak buat macam mana sudah cita-citanya untuk menjadi Doktor psychology.Hendak menjadi seorang doctor ini mestilah pandai untuk menjadi tegas dan yakin.
“Bila difikir-fikirkan balik, comel jugak Abang Aiman nih masa kena marah ngan aku tadi, Ahhhhh... seronoknya, comel muka dia! Hoi hoi jangan fikirkan sangat qilah oii.. Dia tuh sepupu kau...Hmm, bila fikir balik yang dia sepupu aku, aku jadi tak keruan.hmmmm” Arghhh macam mana nih?!”Dia mengetuk-ngetuk kepalanya sambil memikirkan apa yang dia baru cakap tadi.
           
BERSAMBUNG!


Isnin, 22 April 2013

Hal aku! hal akulah!

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh *_*
* jgn lupa jwb sallam ;) *

  • sudah lama sangat aku tak buka blog nih,yerlah aku semakin sibok dengan kerja rumah,facebook dan sebagainya lah! ^_^
  • Sebenarnya aku rasa malas nak blogging blogging nih semua sebab sebab sebab malaslah!
  • Yerlah aku sekarang nih form 4 dan berada di sekolah baru dan semakin sibok dengan program program di sekolah +_+ 
  • Iyerlah aku sekarang nih banyak masalah,masalah di sekolah lah apa lah Tapi Insya ALLAH aku boleh jalaninya.
  • Kadang kadang orang selalu tanya dekat aku kenapa muka aku nih macam takder masalah,Iyerlah selalu ajer tersenyum.
  • Bagi aku SENYUM ini adalah pengubat duka hati yang lara ^_^
  • Selalunya kalau aku ada masalah dekat asrama atau dekat sekolah aku akan mulakan langkah dengan menangis kemudian pergi cari kawan bersembang dan kemudian gelak ketawa dan macam macam lah haha.
  • Aku pelik kenapa ada lelaki yang malu untuk menangis.Bagi aku menangis ini adalah rawatan untuk hati yang sedang sakit.
  • Kalau adalah kawan korang yang sedang nangis korang jangan cakap *janganlah nanges* tapi korang cuma urut belakang dia means tepat2 belakang jantung nya dan urut sambil membaca selawat
  • Kalau korang rasa macam tak berguna jer tips nih sukati koranglah
  • Aku bagi pon sebab aku pernah buat dekat kawan aku dan kawan aku semakin tabah menjalani kehidupannya. ALHAMDULILLAH ^_^

  • Akhir sekali pesanan ikhlas dari aku
  • =>selalu tersenyum
  • =>banyakkan menangis *bkn menangis utk org tetapi menangis utk ALLAH*
  • =>jangan melihat perkara yang haram kerana ianya akan menggelapkan hati korang =)
  • =>INSYAALLAH/SUBHANALLAH/ALHAMDULILLAH/ALLAHUAKBAR
  • =>LAILAHAILLAH


#Aku tak boleh menyelesaikan masalah korang tapi aku in sya ALLAH aku memahami korang dan aku akan sentiasa ada saat korang perlukan aku #In sya ALLAH  ^_^

Selasa, 29 Januari 2013

cinta hati

Assalamualaikum *jgn lupa jawab salam*
 Hari nie aku bukak facebook dan tiba2 ternampak ayat nie jadi aku pown dengan rajinnya membuat ini .hehe sorylah kalau burok..kalau korang rasa ini cantik korang mmg terbaik!!! hehe
nah gambar nie sesuai untuk yang sukakan seseorang..
hak miik mudie imanz
silakan menjamu mata anda dengan gambar nie ekk... =)

Sabtu, 26 Januari 2013

WAJIB BACA !!!

PERHATIAN KEPADA PEMBACA YANG BERAGAMA ISLAM

aku dapat info dari facebook yang mengatakan....baca kat bawah tuh---->

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..


The conclusion is :=
kamu tidak perlulah menyambutnya pada hari ini.Tak dapat pahala pon.Tapi kalau korang hindar darinya lagi bagos.Bab2 pahala Tuhan yang tentukan.

Tapi kalau korang nak bagi hadiah kat orang yang spesial  bagilah pada hari lain 'okey' =D

p/s:nasihat ini untuk diri aku ddan korang jugak
      :segala yang baik datang dari Allah =D =)  

Ahad, 9 Disember 2012

BUDAK BARU ^_+

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH
*jgn lupa jawab salam ek*

INTRO : Mudirah Binti Ismail
UMUR :16 tahon
T.LAHIR :12.06.1997 *nak hadiah3*
T.LAHIR :KUALA KUBU BHARU
M.KEGEMARAN: Makanan Ibu
M.KEGEMARAN:Air JUS *tak kiralah jus apa pon*
  
Hehe saja jer aku bagi korang baca biodata aku nie biar kenal sikit aku nie sapa *ececeh*
walaubagaimanapon korang boleh panggil aku *Mudie* -promote seh promote- hoho
kalau korang nak tahu lah aku budak baru lagi kat blog nie so kalau nak bagi komen,yang positiflah haha*gurau2* 
bak kata orang JEPUN -konichiwa- 
bak kata aku -mintak tunjuk ajar- bak kata pepatah *Buah cempedak di tepi pagar,kalau salah tolong tunjukkan- hekhek
last sekali-eceh dah macam karangan pulak-
Arigatokhozaimas-jepun /terima kasih-melayu/thank you-orang putih
sebab sudi buang masa korang yang amat berharga tuh untuk baca apa yang aku tulis nih -gurau2 jer- 
Aku rancang dalam blog aku nih aku nak buat novel.Kalau nak tahu tunggulah esok.
Then kat blog aku nie aku boleh bagi korang apa novel yang bestlah bagi aku lah.Aku bagi sinopsis jelah..Then komik2 yg best.walauapapon jangan lupa lawat blog aku selalu
-huh habis akhirnya penulisan aku.Penat aku tulis dan penat korang baca hehe-