Khamis, 21 November 2013

sambungann novel



           “Haaaaaaaa....”Aqilah mengeluh sambil melihat adik saudaranya bermain mercun dan bunga api.Bukannya dia tidak mahu mengikut bermain bersama adik-adik saudaranya tapi kepalanya sangat kusut dengan apa yang dia cakap pada dirinya sendiri pada petang tadi.

“Abang Aiman tuh sepupu aku.Macam orang-orang dulu pulak,suka kat sepupu sendiri pastu kahwin dengan sepupu sendiri.Haaa! Kahwin?! Aku taknak kahwin!Aku nak teruskan cita-cita aku untuk menjadi Doktor Psikologi...Hmm kusutnya aku!” Bicaranya seorang diri sambil menggaru rambutnya yang tidak gatal itu yang diikat ‘pony Tail’ sehingga kusut.


“hoi!”


“hish akak nih! Kejutkan orang kenapa...Orang tengah berangan nih.”


“yelah tuh berangan,orang berangan dia akan tersenyum-senyum,bukannya sampai rambut jadi kusut macam nih”sambil menarik rambut Aqilah yang kusut itu.


“Aduh akak...”


“cuba cerita dengan akak apa yang Aqilah fikir nih?”


‘Hai akak,kalaulah akak boleh baca hati saya nih.Tak perlulah saya nak terangkan panjang melebar.’bicara Aqilah dengan hatinya.


Akak Ain zaida ini memang rapat dengan Aqilah.Aqilah sendiri sudah menganggap Kak Ain zaida ini seperti kakaknya sendiri.Almaklumlah,Aqilah ini anak sulong.Dia dan adiknya Nur intan Amira sahaja dua beradik.Pasti lah Aqilah sunyi.Segala masalah Aqilah ini akan diceritakan pada kak Ain Zaida.Jadi pastinya Kak Ain Zaida Atau dipanggil Kak Zai oleh Aqilah ini mengetahui tentang rahsia terbesar Aqilah.


“Akak...Akak cuba baca hati saya ini”katanya sambil mengambil tangan Kak Zai dan meletakkan di jantungnya.


“Hmm...Akak dapat baca yang Aqilah suka dekat Abang Aiman”kata kak Zai dan dengan sengaja dia menguatkan  nama Aiman itu.


“haa..Pandai pon akak teka apa yang ada kat kepala otak nih..Haaha.Tapi kan akak,Qilah rasa menyukai manusia tuh adalah sesuatu yang mustahil.Cubalah tengok Abang Aiman tuh...Baik,suci,beriman,yang baik semua dialah.”berkata aqilah dengan perasaan yang hampa.


“Aqilah tak baik merendah diri macam ni tahu. Kalau nak merendah diri itu boleh tapi kena pada caranya. Aqilah ni pon cantik apa.” Kata Kak Zai sambil menunjukkan cermin pada Aqilah.


“Aqilah... setiap manusia diciptakan sempurna. Semua ciptaan Allah cantik. Kalau Aqilah mengutuk diri Aqilah ini buruk, tidak cantik, maksudnya Aqilah telah mengutuk ciptaan Allah. Allah marah tahu. Setiap manusia Allah ciptakan dengan kelebihan sendiri, macam Aqilah diciptakan pandai tentang psycologi dan pandai baca isi hati orang, tapi yang lebih penting adalah kita mesti Nampak cantik di mata ALLAH seperti buat segala suruhannya.” Sambong Kak Zai.

Aqilah hanya menganggok segala kata-kata Kak Zai.



Di pagi yang indah Aqilah bangun untuk menunaikan solat subuh.Setelah selesai menunaikan solat dia berdoa meminta pada yang maha esa. “Ya Allah,jika Aiman itu jodoh hambamu ini Ya Allah berikanlah hambamu ini petunjuk dan biarlah perasaan hamba ini yang akan membawa hamba lebih dekat dengan Mu Ya ALLAH,jika dia bukan jodoh hambamu ini Ya ALLAh hamba hanya redha dan tawakal dan akan meletakkan semuanya pada mu Ya Allah yang maha mengetahui.Ya Allah dan jika dia bukan jodoh hamba mu ini Ya Allah kau berikanlah hamba kekuatan untuk melupakannya dan tidak membuatkan hamba mu ini terpesong dari agama yang suci ini Ya Allah”.


Selesai Aqilah berdoa lantas mengelap air matanya,dia pergi ke dalam bilik untuk meletakkan telekungnya dan tiba-tiba dia terjatuhkan sebuah buku dan terkena pada kakinya. “Aduh, sakitnyalah kaki aku ni.Buku siapa pulak ni?.”sambil menyelak helaian kertas dari buku itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan