Selasa, 26 November 2013

sambungan 2



Wahai diaries,malam ini aku sangat gembira kerana dapat jumpa Aiman,walaupun aku dapat jumpa dia tapi aku rasa sangat takut nak bertegur dengan dia.Tak tau kenapa tapi aku rasa sangat sangat gemuruh bila dekat dengan dia.Walaupun aku suka dia tapi perasaan ini buat aku rasa bersalah sebab adik saudara aku suka dengan dia.Nak buat macam mana ni.Aku dalam dilemma.Tapi bagi aku biarlah aku simpan dulu perasaan ini.Aku dapat rasa yang Aiman suka dengan aku.Aku sungguh dilemma! Dah lah tahun ni SPM.Dah lama aku suka dengan Aiman tu dan aku nak luahkan pada dia.Tapi diari,disebabkan perasaan gemuruh aku ini,aku  telah membuat diri aku menjadi  Playgirl tanpa disangka-sangka !. Aku ingat setelah menjadi playgirl aku akan mempunyai kekuatan untuk membuat aku berterus terang kepada Aiman tentang isi hati aku ini. Tapi aku silap ! silap sesilapnya! Aku hanya buat diri aku Nampak keji di depan Aiman... hmm 



Aqilah yang terbaca diari itu jatuh terduduk kerana terkejut dengan apa yang dibacanya.

“Apa! Rupa-rupanya Akak pon ada perasaan pada Abang Aiman .” 

Sebenarnya Aqilah sudah lama mengetahui yang selama ini Abang Aiman memang menyukai Akak Zaida tapi dia tidak pernah menyangka yang Akak saudaranya juga menyukai Abang Aiman.

“Aku tak boleh biarkan perkara ini terjadi. Aku kena buat sesuatu! Tapi... hmm” Aqilah memegang dadanya yang sangat sakit kerana terpaksa menerima kenyataan yang perit ini. Walaupun pada mulanya dia suka main-main saja tapi lama-lama hatinya telah jatuh cinta pada sikap dan kebaikan Abang Aiman.Dia berfikir mungkin inilah yang terbaik kerana Akak saudaranya menyukai Abang Aiman dengan sepenuh hati dan itu mungkin dapat merubah akaknya supaya tidak menjadi playgirl lagi.

“Hmm... Mungkin inilah yang terbaik untuk mereka.!”

Aqilah tidak dapat tidur malam kerana memikirkan rancangan untuk menyatukan Abang Aiman dan Akak Zaida.

“Haa! Dah bangun pon anak dara ni. Kenapa bangun lambat ni, Sebelum ni tak pernah pon?” soal Akak Zaida.

“Aqilah tidur pukul empat pagi semalam.”

“kenapa tidur lambat sangat?” Tanya Akak Zaida dengan tegasnya.Dia memang pantang kalau orang yang dia sayang tidur lambat. Lagi-lagi kalau orang itu perempuan.Kena jaga ayu muka katanya.

“Hmm” Itu sahaja balas Aqilah untuk soalan Akak Zaida.Walaupun Akak Zaida sedikit terasa dengan perangai pelik Aqilah itu tapi dia abaikan sahaja kerana dia sudah lali dengan perangai adik saudaranya itu kerana apabila dia ada masalah dia akan bersikap begitu.

Sambil Aqilah menjamah kuih yang disimpan oleh makciknya itu dia sempat berfikir bagaimana ingin menyatukan Akak zaida dan Abang Aiman. Walaupun kenyataan itu pahit untuk diterima tapi dia terima dengan redha kerana mereka berdua memang sangat secocok bersama.

"Haaaaa... " Aqilah mengeluh lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan